Wednesday, October 21, 2009

Al-Fatihah...buat sahabatku Allahyarham Fahmi....

( Arwah Fahmi 2 dari kiri)


Al Fatihah ini ditujukan khas kepada sahabat baik ku Fahmi yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2/10/2009 sehari selepas hari lahir ku yang ke 24..Aku sebenarnya sungguh terkilan kerana tidak sempat ku meminta maaf pada arwah sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Maaf kerana lewat untuk update blog saya sejak sekian lama..Tidakku sangka pada hari raya yang lalu,terdetik dalam hati aku untuk berhari raya di rumahnya.Namun seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan aku terlupa pada arwah..Terus aku pulang semula ke ibu kota untuk bekerja semula..Rupa-rupanya itulah petanda bahawa arwah akan pergi meninggalkan aku dan rakan-rakan yang lain buat selama-lamanya..tiga hari sebelum tibanya syawal,aku mendapat satu pesanan ringkas yang berbunyi "Assalamualaikum.SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN-Fahmi"..Aku ingatkan tiada apa apa yang berlaku kalau aku tidak membalasnya.Rupa-rupanya itu juga satu petanda..Cuma yang membuatku betul-betul sedih apabila teringat aku dan arwah selalu lepak di rumah arwah sambil layan 'asap'.Keluarganya amat baik terhadap aku..terutama mak arwah.Umpama sebuah keluarga harmonis..Semua itu tak dapat ku lupakan buat selama-lamanya..itulah kenanganku bersama arwah..Tak sangka,ajalnya begitu cepat menjemputnya.Mungkin Allah lebih sayangkannya..Aku berdoa semoga arwah Fahmi ditempatkan dalam golongan orang yang beriman Amin..Fahmi,sebagai kawan,aku amat rindukan kau sejak dari kita sekolah rendah sampailah sekarang..Kau jenis susah untuk menyatakan rasa marah kau kepada kawan-kawan lain.Kau sentiasa tersenyum bila ada orang yang mengatamu..Tapi aku juga ada buat salah pada kau..harap kau maafkanlah aku walaupun roh kau tiada lagi di dunia ini..Tak sempat ku mohon maaf pada mu..Hanyaku mampu sedekahkan Al-Fatihah buatmu..Moga rohmu dicucuri rahmat oleh Allah selalu..Al-fatihah... Justify Full