Wednesday, April 8, 2009

Takbirr...


Syukur pada Allah SWT sebab Calon Pas kita Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin telah memenangi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang malam semalam..Dimana Nizar telah mendapat undi sebanyak 21,860 manakala BN sebanyak 19,071 majoriti yang diperoleh 2789.Di bukit Selambau S.Manikumar (PKR) mendapat undi sebanyak 12,632,dan S.Ganesan (BN) mendapat 10,229 majoriti yang diperoleh 2403.Walaupun peratusan keluar mengundi adalah menurun namun Pakatan Rakyat tetap menang.Di Batang Ai pula BN menang.Jadi keputusannya sama saja 2-1.
Apa pun kemenangan ini merupakan satu referendum daripada rakyat yang marah pada umno dalam siri rampasan kuasa kerajaan perak Februari lepas dengan cara yang tidak bermaruah.Dun tidak dibubarkan,tapi sekurang-kurangnya pilihanraya kecil ini menandakan bahawa rakyat faham dan bijak menilai sesuatu isu itu tanpa dipengaruhi media BN.Syabas kepada Nizar dan S.Manikumar semoga pilihanraya ke-13 nanti akan membawa sinar harapan baru untuk Malaysia..Reformasi...!!!Takbirr..!!!

No comments:

Post a Comment