Tuesday, May 19, 2009

Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur...

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.

Monday, May 11, 2009

Nizar Is The MB of Perak - High Court


“Ya Allah, Syukur Ya Allah! Syukur!” Allah Akhbar!
KUALA LUMPUR (The Star Online): The High Court here ruled rule on Monday that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is the rightful Perak Mentri Besar, and not Barisan Nasional’s Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
In his ruling, Justice Abdul Aziz Abd Rahim said that a mentri besar can only be dismissed by a vote of no confidence, and he upheld the Stephen Kalong Ningkan ruling.
He noted that the Perak State Legislative did not hold a vote of no confidence.
In 1966, Sarawak Chief Minister Datuk Stephen Kalong Ningkan was ousted when the state governor showed him a letter of no confidence issued by 21 out of 42 legislators and asked Ningkan to resign.
Ningkan refused, saying the letters were not tantamount to a vote of no confidence in the state legislative assembly. He was sacked by the governor but eventually reinstated by the Borneo High Court, which saw the necessity of a formal vote of no confidence.
According to the Nutgraph, the judge ruled ruled that the governor can only dismiss the chief minister when both these conditions are satisfied:
(a) The chief minister has lost the confidence of the House, and
(b) The chief minister has refused to resign and failed to advise a dissolution.
Nizar had filed for a judicial review on Feb 13, seeking a declaration that he is the rightful mentri besar of Perak and an injunction to bar Dr Zambry from discharging his duties as the mentri besar.
On March 6, Justice Lau Bee Lan had ruled that there were constitutional issues involving the interpretation of Article 16 (6) of the Perak Constitution and later referred four consitutional questions to the Federal Court for determination.
However, on March 23, the Federal Court ruled that the case of who the rightful mentri besar is should be heard by the High Court.
Nizar’s lead counsel Sulaiman Abdullah, in wrapping up his submissions last week, said the Constitution was the “genius of the Malaysian people”, adding that the court had a duty to uphold it. Over the last few days, he had submitted that the Sultan, while granted powers in the Perak Constitution to appoint a mentri besar, could not dismiss him.
The only way Nizar could be dismissed, he said, was through a vote of no-confidence in the House.
He also said that a mentri besar could request for the State Assembly to be dissolved in the middle of a term without losing the confidence of the majority of the House.
Dr Zambry’s lawyer Datuk Cecil Abraham, however, argued that Nizar went by Article 16(6) of the Perak Constitution when he sought an audience with the Sultan – this article specifically provides for the mentri besar to request for a dissolution when he has lost the confidence of the majority in the House.
Under the article, Nizar is required to tender the resignation of his executive councillors when his request was rejected, he said.
Malaysiakini – The Kuala Lumpur High Court today paved the way for a fresh battle in Perak by declaring that BN’s Zambry Abd Kadir is not the legitimate menteri besar of Perak.
Justice Abdul Aziz Abd Rahim then proclaimed Mohammad Nizar Jamaluddin as the rightful Perak menteri besar.
His decision rubberstamped ousted Pakatan Rakyat MB Nizar’s argument that he is still the legitimate menteri besar.
Zambry’s lawyer Cecil Abraham’s application for a stay of proceedings pending an appeal was also rejected by the court.
The judge said if the Sultan of Perak had wanted to order Nizar’s resignation, he should have called the assembly to table a motion of no-confidence against PAS leader.
He said that a new menteri besar could not be appointed as the office had not been vacated
The decision is now set to bring about more uncertainty in the state.
Nizar to meet sultanOnly last Thursday, Zambry and the BN coalition made some inroads in the state assembly by removing the Pakatan appointed speaker V Sivakumar and replaced him with R Ganesan from MIC.
Nizar had sought a declaration that he was the he was the rightful menteri besar and to prevent Zambry from discharging his duty.
The state has been in a political impasse since February after Sultan Azlan Shah urged Nizar to step down and appointed Zambry as the menteri besar.
The sultan’s decision was based on the defection of three Pakatan elected representatives to become BN-friendly independents.
Nizar however has questioned the legitimacy of Zambry’s appointment and has been pushing for the state assembly to be dissolved so that fresh elections could be held.
Nizar’s lawyers previously argued in the court that if he got the declaration, he would seek a fresh mandate to resolve the political deadlock.
At present Pakatan and BN have 28 seats each in the state assembly but the three BN-friendly independents have shaded the power towards the BN side.
After the decision, Nizar said that he would be seeking an audience with the sultan immediately to dissolve the state assembly and pave way for a state election.

Sunday, May 10, 2009

Iktibar Sempena Hari Ibu....

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)Bila dahaga,yang susukan aku....mak,Bila lapar, yang suapkan aku....mak,Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak,Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak.Bila bangun tidur, aku cari....mak.Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak.Bila nak bermanja, aku dekati....mak.Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak.Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak.Bila nakal, yang memarahi aku....mak.Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak.Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak.Bila takut, yang tenangkan aku....mak.Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak.Aku selalu teringatkan ....mak.Bila sedih, aku mesti talipon....mak.Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak.Bila bengang.. aku suka luah pada..mak.Bila takut, aku selalu panggil..."mmaaakkkk! "Bila sakit, orang paling risau adalah....mak.Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak.Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak.Bila ada masalah, yang paling risau.... mak.Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak.Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak.Yang selalu berleter kat aku...mak.Yang selalu puji aku....mak.Yang selalu nasihat aku....mak.Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak.Aku ada pasangan hidup sendiri....Bila seronok, aku cari....pasanganku.Bila sedih, aku cari....mak.Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku.Bila gagal, aku ceritakan pada....mak.Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku.Bila berduka, aku peluk erat....emakku.Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku.Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak.Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku.Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu".Selalu.. aku ingat pasanganku.Selalu.. mak ingat kat aku.Bila-bila... aku akan talipon pasanganku.Entah bila...aku nak talipon mak.Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku.Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak.Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak...lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makanmalamdi dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan olehsiibu.Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis"Telah Dibayar"pada mukasurat yang sama ditulisnya."Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat-sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KHAS UNTUK IBUKU YANG BERNAMA AZIAH SEMOGA IBUKU PANJANG UMUR,MURAH REZEKI,DILINDUNGI DIRAHMATI ALLAH SWT JUA...TERIMA KASIH DIATAS SEGALA JASA DAN PERGORBANAN YANG DICURAHKAN KEPADA ANAKMU SELAMA INI...MOGA IBUKU MENDAPAT KEMULIAAN DARJAT DAN SYURGA YANG TINGGI DISISI ALLAH.....AMINNNN.......I LOVE YOU MAMA

Status Pertukaran Agama Anak-Anak oleh Kabinet

Keputusan kabinet tempoh hari yang memutuskan status hak pertukaran agama anak-anak mengikut agama asal ibu bapa mereka telah mencetuskan keadaan kurang menyenangkan kerana ia berkaitan dengan sensitiviti umat Islam.Dimana ia telah menyebabkan percanggahan atau pertembungan antara bidang kuasa mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dengan hak-hak ibu bapa serta anak yang mahu memeluk agama Islam.
Kerana pada dasarnya,apabila seorang anak itu telah matang atau boleh membuat pilihan sendiri antara mahu atau tidak,maka anak itu berhak memilih agamanya samada mahu memeluk Islam atau sebaliknya (bagi anak yang asalnya bukan Islam).Manakala jika anak itu masih kecil atau belum bijak menilai sesuatu perkara apabila salah seorang antara ibu bapanya yang memeluk agama Islam,maka perkara yang paling utama ialah sekiranya bapa atau ibu masuk Islam,maka anak itu perlu mengikut agama Islam dan wajib mempertahankannya anak itu daripada kembali kepada agama asalnya.Tetapi kabinet telah memutuskan bahawa jika anak itu belum matang atau sudah matang,apabila ibu atau bapanya masuk Islam,maka anak itu tidak boleh peluk agama Islam dan amat mendukacitakan ialah prosiding bagi status hak agama anak-anak perlu diputuskan oleh mahkamah sivil dan bukannya mahkamah Syariah.Dulu,negara kita pernah dikejutkan dengan isu seorang pendaki gunung everest yang tanpa diketahui keluarganya,telah memeluk Islam (jika benar) dan kes itu telah menyebabkan berlakunya pertengkaran antara kaum keluarganya dengan pihak berkuasa agama.Sekarang nah isu itu telah dibangkit kembali dengan hasil keputusan kabinet itu.Kesan keputusan itu,anak itu telah dinafikan hak untuk memeluk Islam kerana Islam amat menitikberatkan soal akidah dan hak-hak yang terkandung dalam agama Islam.Jadi dimanakah letaknya nilai kekuatan kita sebagai umat Islam yang sepatutnya membela hak anak-anak tersebut untuk peluk Islam.janganlah ia dijadikan isu publisiti murahan oleh pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk mencabul kesucian akidah agama Islam dinegara kita semata-mata untuk mengambil perhatian oleh non muslim..
Apa yang diharapkan adalah kepekaan umat Islam tentang masa depan kedaulatan Islam itu sendiri daripada dirobek sewenang-wenangnya tanpa tindakan sewajarnya.Saya harap jika terdapat salah silap saya semasa menukilkan kenyataan ini mohon ampun dan maaf dari semua pihak..Yang buruk datangnya daripada diri saya,dan Yang baik datang daripada Allah SWT.....Salam...