Keputusan kabinet tempoh hari yang memutuskan status hak pertukaran agama anak-anak mengikut agama asal ibu bapa mereka telah mencetuskan keadaan kurang menyenangkan kerana ia berkaitan dengan sensitiviti umat Islam.Dimana ia telah menyebabkan percanggahan atau pertembungan antara bidang kuasa mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dengan hak-hak ibu bapa serta anak yang mahu memeluk agama Islam.
Kerana pada dasarnya,apabila seorang anak itu telah matang atau boleh membuat pilihan sendiri antara mahu atau tidak,maka anak itu berhak memilih agamanya samada mahu memeluk Islam atau sebaliknya (bagi anak yang asalnya bukan Islam).Manakala jika anak itu masih kecil atau belum bijak menilai sesuatu perkara apabila salah seorang antara ibu bapanya yang memeluk agama Islam,maka perkara yang paling utama ialah sekiranya bapa atau ibu masuk Islam,maka anak itu perlu mengikut agama Islam dan wajib mempertahankannya anak itu daripada kembali kepada agama asalnya.Tetapi kabinet telah memutuskan bahawa jika anak itu belum matang atau sudah matang,apabila ibu atau bapanya masuk Islam,maka anak itu tidak boleh peluk agama Islam dan amat mendukacitakan ialah prosiding bagi status hak agama anak-anak perlu diputuskan oleh mahkamah sivil dan bukannya mahkamah Syariah.Dulu,negara kita pernah dikejutkan dengan isu seorang pendaki gunung everest yang tanpa diketahui keluarganya,telah memeluk Islam (jika benar) dan kes itu telah menyebabkan berlakunya pertengkaran antara kaum keluarganya dengan pihak berkuasa agama.Sekarang nah isu itu telah dibangkit kembali dengan hasil keputusan kabinet itu.Kesan keputusan itu,anak itu telah dinafikan hak untuk memeluk Islam kerana Islam amat menitikberatkan soal akidah dan hak-hak yang terkandung dalam agama Islam.Jadi dimanakah letaknya nilai kekuatan kita sebagai umat Islam yang sepatutnya membela hak anak-anak tersebut untuk peluk Islam.janganlah ia dijadikan isu publisiti murahan oleh pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk mencabul kesucian akidah agama Islam dinegara kita semata-mata untuk mengambil perhatian oleh non muslim..
Apa yang diharapkan adalah kepekaan umat Islam tentang masa depan kedaulatan Islam itu sendiri daripada dirobek sewenang-wenangnya tanpa tindakan sewajarnya.Saya harap jika terdapat salah silap saya semasa menukilkan kenyataan ini mohon ampun dan maaf dari semua pihak..Yang buruk datangnya daripada diri saya,dan Yang baik datang daripada Allah SWT.....Salam...
No comments:
Post a Comment