"Rasulullah S.A.W sendiri memberitahu para sahabat baginda,bahawa antara baginda dan hari kiamat itu ibarat dua batang jari yang direnggangkan"
Hari Kiamat dinamakan sebagai Yaumul A'azifah iaitu hari yang dekat.Seperti firman Allah SWT:-
"Telah dekat terjadinya hari kiamat" (Surah al-Najm 53:57)
Walaupun akhirat masih jauh,kerana beberapa alamat kiamat yang besar seperti turunnya Dajjal dan terbitnya matahari dari arah barat belum terjadi,tetapi Allah SWT dah nyatakan bahawa kiamat itu pasti akan terjadi dan wajib diyakini ketibaannya seperti sabda Nabi di atas tadi.Masa terus berlalu meninggalkan kita samada sedar atau tidak.Seluruh alam semesta dan manusia juga sedang dimamah oleh masa yang bergerak.Semakin cepat masa berlalu,semakin hampir kiamat itu menghampiri kita.Namun adakah kita sedar tentang perkara itu.Kita terus leka dan alpa dengan nikmat dunia tanpa rasa sesalnya dengan dosa yang telah kita lakukan selama ini.Seperti hari tua bagi orang-orang muda dikira dekat,kerana masa muda tak akan bertahan,proses usia terus berjalan saban hari.Begitu juga demikian,yang muda jadi dewasa dan akhirnya menjadi tua.
Kiamat itu terjadi dengan beberapa tanda seperti di atas,selagi masih ada manusia yang mengabdikan diri kepada Allah SWT serta mengingatiNya atau berzikrullah.Jika tiada lagi makhluk di dunia ini menyebut namaNya,maka sudah tidak ada maknanya dunia ini terus wujud.Umpama seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang gadis,tetapi gadis itu tidak sudi menerima lamarannya,seolah-olah dunia ini gelap gelita tanpa kasih sayang dan cinta daripada seorang perempuan yang bernama gadis tadi.Maka apalah gunanya hidup ini tanpa teman wanita.Begitu jugalah dengan hal kiamat.Walaubagaimanapun,bagi orang mukmin yang sentiasa mengingati hari kiamat serta menyingkap rahsia akhirat dan yakin segala huru-hara,malapetaka yang bakal berlaku di hari kiamat nanti,mereka sentiasa berasa cemas dan tak ada masa yang banyak untuk alpa dengan kesenangan dunia yang fana ini.
Justeru mereka terus mempersiapkan diri sebanyak mungkin untuk bekalan di akhirat nanti.Mereka bukan saja sekadar merasakan akhirat itu makin hampir,malah juga merasakan betapa suntuknya masa seolah-olah mereka akan mati pada esok hari.Mati itulah yang dinamakan kiamat pertama bagi kehidupan manusia di dunia,dan ia akan disusuli dengan kiamat sebenar.Sebab itulah kiamat ini dinamakan "Yaumul A'azifah" hari akhirat yang semakin hampir.Selain itu,hari kiamat juga dinamakan "Yaumul Ma'aad" bererti hari manusia balik ke kampung halaman mereka.Kerana Nabi Adam AS adalah berasal dari syurga,baginda telah berkampung halaman di dalam syurga,maka manusia nanti juga akan balik semula ke kampung halaman datuk nenek mereka iaitu "Kampung Akhirat".
Oleh sebab itu,anak cucu Adam terpaksa melalui berbagai-bagai syarat yang ditetapkan Allah SWT untuk balik semula ke kampung halaman mereka walaupun pada asalnya sejarah pertama manusia telah dikeluarkan (Nabi Adam) dari syurga disebabkan kealpaan sehingga terlanjur melampaui batas yang ditetapkan oleh Allah SWT.Sekiranya anak cucu Adam ingin menikmati semula kebahagiaan syurga yang pernah dinikmati Adam,maka mereka mesti memenuhi syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan Allah SWT antaranya beriman kepadaNya,rasulNya,kitabNya,malaikatNya,hari kiamat dan berbagai-bagai lagi.Segala kepercayaan ataupun keimanan itu mestilah disertakan sekali dengan amal soleh,iaitu mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Bagi orang yang gagal memenuhi syarat,mereka ibarat penumpang yang tidak ada tiket untuk pulang ke kampung iaitu orang yang tidak yakin dengan hari akhirat,beriman dengan Allah,rasulNya,kitab-kitabNya,dan malaikat.Orang yang melakukan kejahatan mereka umpama pendatang haram yang mesti ditangkap kemudian dihantar pulang ke Negara asalnya secara paksa.Sebaliknya mereka dihantar ke kampung yang bernama neraka yang penuh dengan azab sengsara yang berpanjangan.Hakikatnya,segala kurniaan Allah SWT hanyalah amanahNya jua.Samada jasad,roh,ilmu pengetahuan,harta kekayaan,isteri dan anak-anak semua itu adalah harta pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada manusia dan semua itu akan disoal Allah nanti.
Apabila manusia tiba di halaman kiamat,semua amanah itu akan dipulangkan balik kepada Allah SWT.Sesiapa yang menjaga amanah itu dengan baik maka dia dapatlah kembalikan amanah itu dengan sempurna tanpa cacat celanya dan sebaliknya.Sedangkan hari akhirat itu adalah hari memulangkan segala sesuatu yang dipinjamkan Allah kepada manusia sesuai dengan namanya iaitu "Yaumul Ma'ad",hari manusia kembali.....:-)
No comments:
Post a Comment