Sunday, April 5, 2009

Pemimpin di Dunia dan Pemimpin di Akhirat

"Pemimpin di Dunia dan Pemimpin di Akhirat" ertinya pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Quran dan As-Sunnah..Di sini saya ingin mengutarakan tentang persoalan berkaitan dengan pemimpin yang dinyatakan seperti di atas tadi.Kita lihat terdapat perbezaan antara pemimpin dahulu dengan pemimpin sekarang.Di mana pemimpin sekarang ni dah jauh menyimpang dari nawaitu sebenar.Mereka ni dah tidak rasa bersalah,malu,berdisiplin lagi.Harta kebendaan,kuasa,wang,pangkat dah jadi sebahagian kehidupan mereka tanpa memikirkan bagaimana kesusahan rakyat marhain,fakir dan miskin yang tidak terbela samada dari segi kemudahan infrastrukturnya,air,bekalan elektrik,rumah dan sebagainya.
Tugas seorang pemimpin adalah menjaga soal kebajikan rakyatnya tidak kira bangsa,agama,warna kulit,ideologi parti dan budaya semuanya pemimpin wajib melaksanakan amanah yang diberikan rakyat semasa berkempen dalam pilihanraya dulu.Saya ambil contoh parti politik seperti Pas,Dap,Umno,Pkr,Mic dan Mca.Di antara parti politik tersebut terdapat pelbagai ideologi politik mereka.Pas dengan dasar Islamnya,Umno dengan dasar nasionalisme,Dap dengan Malaysian Malaysia,Mic memperjuangkan hak orang India,dan Mca memperjuangkan hak kaum Cina.Tetapi apa yang saya lihat Umno sebagai parti terbesar Melayu sudah jauh menyimpang dari perjuangan mereka.Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini saya lihat tiada perubahan langsung walaupun pucuk pimpinan mereka sudah bertukar.Umno sekarang banyak terpalit dengan skandal rasuah,di mana mereka menjadikan kedudukan mereka di dalam Umno itu tempat mencari habuan semata-mata bukan lagi membela rakyat seperti yang dilaung-laungkan Umno iaitu "Tradisi Membela Rakyat".Selama 51 tahun Umno memerintah tidak banyak perubahan yang Umno lakukan walaupun 5 pemimpin mereka silih berganti.Maksud saya dari segi "tidak banyak perubahan" itu adalah akhlak,moral peribadi rakyat itu sendiri.Walaupun negara kita dilimpahi pembangunan yang pesat,namun dari segi pembangunan akhlak dan sakhsiah peribadi rakyat ianya masih di takuk lama semakin hari semakin teruk seperti gejala rasuah,jenayah,disiplin dan sebagainya.Umno sebagai parti pemerintah langsung tidak mengambil berat soal akidah,moral dan penghayatan agama Islam dalam diri rakyat.Mereka hanya mementingkan kedudukan mereka sehingga mengabaikan aspek keimanan dan kerohanian.
Berbanding Pas,apa yang saya nampak mereka ni sering mengamalkan disiplin dalam setiap pergerakan mereka seperti mengadakan perbincangan "musyawwarah" apabila terdapat perselisihan pendapat antara mereka.Saya tak lah sebelahi mana-mana pihak,cuma ini hanya sebagai pandangan saya saja.Berbalik kepada soalan tadi kewajaran Pas melaksanakan dasar-dasar Islam diterima baik oleh semua lapisan masyarakat walaupun pada peringkat awalnya orang cina dan india amat takut untuk menyokongnya.Sebabnya Islam itu indah dan syumul serta sesuai diamalkan tidak kira masa,tempat dan keadaan.Kesungguhan Pas dalam melaksanakan hukum Islam ini memang tepat pada waktunya dalam keadaan negara kita ni makin "gawat" dengan gejala sosial dan jenayahnya.Tetapi hasrat Pas ni dapat tentangan hebat daripada Umno yang tak mahu hukum Islam ini bertapak dibumi Malaysia tercinta.Namun begitu,gerak kerja berpasukan yang begitu kuat serta diiringi doa kepada Allah nak lihat hukum Islam ni tertegak dibumi Malaysia ni akhirnya diterima masyarakat bukan Islam dan orang Islam sendiri.Soalnya,kenapa Umno yang majoritinya melayu Islam menolak hukum Islam terutamanya Hudud?Pas pun melayu Islam tapi boleh plak nak laksana hukum Hudud.Terpulang pada anda yang membaca statement ni untuk berfikir sejenak samada betul atau tidak.Sebab itu pemimpin bertanggungjawab laksanakan amanah ini sebaik-baiknya kerana setiap pemimpin akan disoal oleh Allah diakhirat ttg apa yang mereka lakukan di dunia nanti....

No comments:

Post a Comment